Friday, March 30, 2012

Islamic theme


They chosed the Holy Ka'abah for their islamic theme
3 KG Choc Moist cake
'Selamat Hari Jadi Dania ' in jawi

Thank you Nita from USJ 11

2 comments:

  1. As salam saudara/saudari empunya blog..

    maaf sekiranya komen dari sy mengungdang sedikit rasa kurang senang...semoga apa yg patut sy sampaikan, boleh di manfaatkan sebaik mungkin..

    saudara/i, sekiranya customer berkehendakkan sesuatu yg melambangkan Islam untuk dijadikan makanan, dan sebagai contoh Kaabah yg merupakan tempat suci ISLAM dan RUMAH ALLAH yg suci..sila pertikaikan terlebih dahulu tujuannya..kerana sekiranya kek tersebut dipotong, maka terpotonglah sesuatu yg dianggap suci dlm agama SUCI ALLAH..tidakkah anda sedar mengenainya terlebih dahulu? adakah tulisan jawi itu benar? sekiranya benar, maka terpotonglah ayat suci Allah yg maha benar..tidakkah anda terfikir?

    ibarat mengoyakkan keratan AL-quran..

    saudara/i yg dihormati. sekiranya anda memikirkan bahawa akan menggunakan perkataan "tak sporting" terhadap saya, sy tak kisah. tetapi ingatlah wahai saudara/i..anda seolah2 sedang mempermainkan isu ISLAM disini..sekiranya memikirkan untuk menggunakan sebarang bentuk ISLAMIK, lebih baik tidak menggunakan sebarang tulisan JAWI, Masjid, bentuk kaabah dsb. terdapat byk lagi simbol islamik yg boleh diambil..

    sbg contoh Patter Islamic Arabesque lebih baik digunakan dan contoh lain..kerana takut2 perbuatan ini akan menyebabkan anda TERSESAT atau erti kata MURTAD dan jatuh HARAM hukumnya..
    amalan kita tak seberapa, jadi nilaikan sendiri demi tuntutan rohani saudara/i...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam saudara,

      Pertamanya terima kasih kerana comment anda..
      namun sila perhatikan jawapan kami yang anda anggap menghampiri sesat dan murtad...walaupun saya sudah malas melayan komen seperti ini..

      Kesucian Kaabah:
      Ya kaabah itu suci tapi mana lebih suci? Allah atau kaabah?
      Kalau kaabah tiada atau musnah..adakah bermaksud tiada tuhan? Itulah kita orang melayu.. meletak kesucian ditempat yang salah..sama seperti kes al-Quran..ya al-Quran itu suci..tapi adakah hanya suci sekadar berada atas rak atau almari...sebagai hiasan khat di dinding? Saya pasti orang alim seperti tuan mengetahui yang kesucian Quran itu terletak kepada membaca, memahami dan mengamal..Persoalannya..kesucian islam itu terletak pada kaabah kah? jika ya..maka kita sama sperti agama lain yg meletakkan sesuatu objek itu suci seolah sperti tuhan dan x boleh disentuh..sila kaji sejarah..sudah berapa kali kaabah sudah diroboh dan diubah suai saudara? Saya pernah mendengar ceramah Ustaz Hassan Din yg sebelum kiamat, Kaabah akan musnah..so macam mana tuh? Samalah seperti masjid...kesucian bukan pada bangunan tapi pada mengimarahkanya...

      Ayat JAWI:
      saudara ada bezanya ayat jawi dan ayat al-Quran...sila baca betul2 tulisan kat kek tu...jawi ke Quran?? kan jawi tu...kalau x silap saya tulisan jawi bukan tulisan Quran..ianya adalah bahasa melayu yg ditulis meminjam huruf Arab yg sekarang makin dipinggir oleh orang melayu sendiri yg lebih suka menggunakan tuilsan rumi yg berasal dari orang bukan Islam...tuan tau x JAWI?? Jika tuan anggap JAWI tu suci mcm Quran...apa hukum surat khabar melayu tulisan jawi yg last2 jadi kertas bungkus nasi lemak atau sekadar jadi kertas buruk dalam bilik stor...kalau ikut tuan nampak gayanya kita kena menyucikan surat khabar2 melayu ni dan letakkanya sebelah dgn Quran..kan bagus guna tulisan jawi..daptlah anak muda belajar dan tau yg itu tulisan jawi..lagipun sila BACA betul2..kami tulis Selamat HAri Jadi Dania...itu ayat Quran ke? jika ya..surah mana ya??

      Tuan,, saya malas nak mengreply komen macam ni,,,kami ni bukan lah ulama seperti tuan yg boleh mengHUKUM seseorang itu hampir MURTAD n SESAT dan memberi fatwa HALAL n HARAM..tuan tau x berat anggapan sebegitu..lagi satu...tuan tau ke apa itu maksud MURTAD n SESAT???jika x silap saya murtad tu keluar dr Islam...adakah dengan kami buat kek bentuk kaabah menjadikan kami boleh keluar dr ISlam??? jika buat kek tok pek siam mgkn relevan juga..dan sesat itu x silap saya melakukan sesuatu yg menyimpang dari jalan Allah yg sebenar sperti menyekutukan Allah, percaya kepada tangkal dan pada kelebihan atau kesialan sesuatu nombor atau hari sperti masyarakat melayu?? Adakah dgn melihat kek kaabah tu kita telah menyekutukan ALLah?? bagaimana pula jika orang yg melihat kek itu timbul rasa rindu pd ALlah n rasulnya...mgkn juga sambutan hari jadi tu akan kurang berlaku maksiat kerana segan apabila melihat kaabah..mgkn juga majlis itu akan beserta dgn doa kpd Allah..MURTAD n SESAT kah itu?? Husnu Dhon lah saudara...

      Lagi pun saudara sebelum kami terima order kek ni...kami dah bertanya kpd customer apa tujuan beliau hendak kek sebegini...jawapannya bukan lah utk bersuka2 atau hendak mempermainkan kaabah tersebut..malah tujuannya adalah untuk majlis yg bertemakan ISlam n arab...

      Kami pun sebelum menerima sudah bertanya kepada ustaz yg insyaAllah baik ilmu n amalnya...ahli sunnah wal jamaah n juga seorang imam yg bertauliah...

      Jadi saudara jangan anggap kami penjual kek ni JAHIL sangat...kami pun x menganggap tuan begitu...

      Sudah cukup sekadar ini...Tolong jangan reply disini lagi...sini bukan tempatnya..jika tuan syeikh x berpuas hati lagi marilah kita bersemuka...kita berdebat cara baik..kan itu lebih elok...kita boleh berdiskusi secara telus n islamic...tuan boleh bawa hujah tuan n tok guru tuan dan begitu juga saya...kan lebih indah tu...daripada guna comment from UNKNOWN n ANONYMOUS nih...Nama saya Md Aidil Md Nor no hp 0122069038...

      Yang hak tetap hak dan yg batil tetap batil...

      Jika kami salah..astaghfirullah...jika benar subhanallah wa astaghfirullah...

      Sekian Wassalam...

      Delete